TARIKH hari ini, 26 Mac 2010 sempena hari Jumaat, Penghulu Hari yang sangat mulia, saya yang begitu diselubungi dengan pelbagai perasaan; marah tentu sekali, memulakan suatu fasa yang terpaksa, iaitu mempunyai blog sendiri setelah seluruh warga Utusan telah disekat dari melayari sebarang social networking!
Namakan apa sahaja sama ada dari Friendster, Tagged dan terutamanya Facebook. Mungkin sukar untuk anda mempercayainya? Utusan Malaysia sekat kemajuan dalam IT? Buktinya adalah berikut;
" This Page Cannot Be Displayed
Based on your corporate access policies, access to this web site ( http://www.facebook.com/ ) has been blocked because the web category "Social Networking" is not allowed.
If you have questions, please contact your corporate network administrator and provide the codes shown below."
Iaitu setiap kali anda cuba untuk melayari sebarang jenama rangkaian sosial yang ada di internet.
Saya juga seperti anda, sehingga kini sukar mempercayai dan menelan hakikat yang sepahit ini. Terasa ingin saja kembali ke Zaman Batu, duduk dan tinggal di gua-gua batu, tanpa pakai baju dan ..... ya, hidup seperti orang Zaman Batu!
Rangkaian Sosial Facebook yang menjadi medan luahan pelbagai rasa dan kata terutama kalangan wartawan di Utusan Malaysia telah melakukan dosa, dosa besar yang tidak terampunkan.
Apakah dosa-dosa itu? Maka soalan itu harus ditanya sendiri kepada si empunya kepala yang mengeluarkan arahan supaya FB disekat? Hanya dia yang lebih tahu! Hanya dia yang dapat menilai FB yang beliau dapati penuh dengan keburukan, penuh dengan kejahatan, penuh dengan segala macam elemen-elemen yang negatif maka kerana itu melayari FB hukumnya haram.
Tambah lagi FB merupakan produk ciptaan Yahudi, maka apa layaknya bagi umat Islam untuk melayarinya lagi! Jelas 'haram', untuk apa kita melayarinya lagi?!!!!!
Tidak begitu gerangan bos berkenaan yang mengeluarkan arahan agaar pihak IT Utusan sekat, haramkan penggunaan FB di kalangan warga Utusan, terutama para wartawannya. Wartawan Utusan yang selama ini telah terbukti hebat malah begitu hebat tanpa perlu adanya FB!
Tetapi cukuplah seharian semalam, apabila mulanya berkuatkuasa 'pengharaman' FB di Utusan secara rasmi.
Sehari itu dirasakan benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar, mati kutu sungguh! Malah pengharaman ini menjadi bahan jenaka yang sangat menyakitkan setiap kali bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini ditemui di FB. Kami terpaksa bergelak ketawa bagi menghiburkan hati yang benar-benar terkilan, kesal dan marah apabila FB itu disekat.
Ah, cukup membosankan!!!!!
Dan kesempatan di ambil sepenuhnya apabila pada lewat petangnya saya berpeluang bertemu dengan Encik Zaini Hassan yang kebetulan sedang enak menikmati kacang goreng Nganyin bersama Encik Arifin Nordin dan Radhuan Hassan (Kosmo). Ikuti sebentar lagi bicara panas antara kami itu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Maaf, tajuk catatan di atas sepatutnya; Mula Memblog Bila Dah Kena Blok!
BalasPadam